Forum bagi Para Pencari Cinta
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum bagi Para Pencari Cinta

Selamat datng di forum kita disini kamu bisa berbagi tips dan trik serta share tentang cinta atau apa saja
 
IndeksIndeks  PencarianPencarian  Latest imagesLatest images  PendaftaranPendaftaran  LoginLogin  

 

 Takbir cinta Zahrana

Go down 
PengirimMessage
poetra

poetra


Jumlah posting : 55
Registration date : 30.04.07

Takbir cinta Zahrana Empty
PostSubyek: Takbir cinta Zahrana   Takbir cinta Zahrana Icon_minitimeThu Mar 13, 2008 12:05 am

Novel yang terdiri daripada lima bab ini mengisahkan tentang seorang andartu bernama Dewi Zahrana, lulusan sarjana (M.T.) dari Institut Teknologi Bandung ini merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti swasta terkemuka di Jawa Tengah, Semarang. Beliau digambarkan sebagai seorang yang terlalu memilih pasangan hidupnya kerana telah ramai jejaka yang datang melamarnya tetapi ditolak mentah-mentah. Daripada teman sekuliahnya semasa ijazah sarjana muda dulu di Universitas Gadjah Mada sehinggalah Dekan Fakulti Teknik tempat beliau mengajar, H. Sukarman, M.Sc.


Beliau meminta untuk beliau memberi kata putus selepas tiga hari. Namun setelah genap tiga hari, keputusan Zahrana tepatlah seperti yang dijangka oleh ibu bapa beliau. Pinangan Pak Karman juga ditolak seperti pinangan-pinangan sebelumnya. Pinangan ini ditolak sebaik-baiknya oleh beliau melalui surat yang dihantar kepada orang atasannya itu dan beliau mengambil cuti selama seminggu bagi meredakan keadaan ini.

Rupa-rupanya Pak Karman tidak dapat menerima keputusan Zahrana ini lalu merancang untuk melemparkan fitnah kepada beliau dan memecat beliau selepas itu. Mujurlah rancangan jahat Pak Karman diketahui oleh Ibu Merlin, Timbalan Dekan I dan dikhabarkan kepada Zahrana dan beliau mengusulkan supaya Zahrana meletakkan jawatan.

Pada awalnya Zahrana menolak cadangan Ibu Merlin tetapi setelah dipujuk akhirnya beliau terpaksa akur dengan usul tersebut. Zahrana mendapat jawatan baru sebagai seorang guru di SMA Al Fatah yang dinaungi oleh Yayasan Pesantren Al Fatah. Perletakkan jawatan Zahrana menambahkan lagi dendam Pak Karman terhadap Zahrana, beliau masih mengganggu Zahrana melalui sms dan panggilan-panggilan yang menyakitkan hati. Namun, Zahrana bertindak bijak dengan tidak membalas cacian-cacian tersebut.

Selang beberapa lama mengajar di sekolah itu, beliau menerima e-mail daripada Pak Didik, teman sepejabatnya. Pak Didik menyatakan hasratnya untuk melamar Zahrana sebagai isterinya yang kedua. Namun, Zahrana menolak peluang ini kerana tidak sanggup bermadu dan melukakan perasaan isteri Pak didik sekarang. Pada suatu hari, ibunya mengusulkan supaya beliau meminta urusan mencari calon suaminya itu diserahkan kepada Pak Kiai dan Ibu Nyai. Mereka mencadangkan salah seorang daripada bekas pelajar pondok tersebut yang bernama Rahmad. Beliau diminta untuk melakukan solat sunat istikharah dan berbincang dengan kedua orang tuanya terlebih dahulu.

Setelah tiga hari berikutnya, Zahrana yakin bahawa Rahmad merupakan pilihan terbaik buatnya walaupun Rashad hanyalah seorang penjual keropok lulusan SMA sahaja. Dinyatakan hasratnya itu kepada Ibu Nyai, lalu diminta oleh Pak Kiai supaya Zahrana melihat sendiri bakal suaminya itu pada hari yang ditetapkan. Zahrana diminta untuk tidak mengajar pada hari itu dan menunggu Rahmad diminta oleh Pak Kiai untuk menjual keropok di kawasan perumahan Zahrana pada hari tersebut.

Pada mulanya Zahrana berasa menyesal kerana penjual keropok yang datang pada pagi itu adalah seorang lelaki yang begitu tua dan hitam yang langsung tidak berkenan di hatinya. Sangkanya Pak Kiai dan Ibu Nyai ingin mempermainkannya kerana beliau seorang andartu dan meletakkan syarat bahawa tidak kisah jika calon suaminya itu tidak setaraf dengannya dari segi status hidup atau taraf pendidikan asalkan mampu untuk membimbingnya menjadi isteri solehah.

Mujurlah Lina, sahabat karib Zahrana menenangkan beliau dan menasihatinya agar menunggu penjual keropok yang lain. Ternyata sangkaan buruk beliau terhadap Pak Kia dan Ibu Nyai meleset apabila penjual keropok kedua datang pada waktu senja ke kawasan perumahan beliau. Berlaku dialog singkat antara mereka berdua dan Zahrana berpuas hati dengan calon suaminya itu.

Urusan pernikahan mereka berdua berjalan dengan lancar hinggalah pada malam sebelum upacara akad nikah, beliau diganggu sekali lagi oleh Pak Karman melalui sms yang berisi kata-kata keji. Tetapi tidak diendahkan beliau, lalu beliau tidur awal pada malam itu. Tiba-tiba beliau dikejutkan dengan suasana hingar bingar di perkarangan rumahnya. Suasana kehibaan dan kesedihan terpampang jelas pada wajah para hadirin malam itu. Zahrana yang masih terpinga-pinga itu dimaklumkan oleh Lina bahawa Rahmad kemalangan kereta api. Zahrana hampir gila dibuatnya apabila mendapat berita berupa musibah ini. Dituduhnya perbuatan khianat Pak Karman. Namun, hasil pujukan Lina, beliau kembali stabil.

Pada hari kedua Ramadhan tahun berkenaan, beliau didatangi oleh Ibu Zul yang menyampaikan hajat Hassan, anaknya yang juga merupakan mahasiswa di bawah bimbingan Zahrana semasa di universiti dahulu untuk meminangnya. Zahrana yang pada mulanya keberatan untuk menerima pinangan itu akhirnya mengalah dan meletakkan syarat supaya majlis akad nikah mereka diadakan pada malam itu juga selepas solat Terawih.

Pengajaran dari kisah ini adalah status sosial, pendidikan, dan lain-lain aspek material bukanlah segala-galanya. Walaupun ianya penting, namun aspek terpenting yang seharusnya diberi perhatian utama adalah aspek keagamaan seseorang calon suami atau isteri
Kembali Ke Atas Go down
 
Takbir cinta Zahrana
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» TERKADANG....
» penyakit karena jatuh cinta
» puisi cinta anak biasa2 aja
» Cerpen CinTa...................................
» Putus Cinta Pria lebih Merana

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Forum bagi Para Pencari Cinta :: jomblo :: Puisi dan artikel-
Navigasi: